Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.
Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini.
Sumber : Malaysiakini
Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.
Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini.
Sumber : Malaysiakini
PULAU PINANG 11 Feb. – Tindakan kerajaan negeri membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang dibuat setiap tahun amat dikesali.
Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, beliau kecewa dengan keputusan kerajaan negeri yang dilihat tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam
Tegas beliau, sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) dalam pentadbiran, perkara itu sepatutnya tidak berlaku.
‘‘Kita kecewa dan kesal kerana walau apa pun alasannya, kerajaan negeri boleh membuat perancangan awal dan tidak mustahil ia dilakukan melalui sistem CAT yang mereka uar-uarkan selama ini.
‘‘Kalau alasan sambutan jatuh pada hari Jumaat dan khuatir tergesa-gesa untuk menunaikan solat jemaah, mereka boleh buat di Masjid Negeri dan kawasan masjid ini cukup luas dan mampu menampung jumlah orang yang ramai.
‘‘Jika alasan tiada bajet, berapa sen sangat untuk membeli sebungkus makanan dan minuman untuk para peserta perarakan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia difahamkan, mesyuarat jawatankuasa induk majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masehi peringkat negeri pada 3 Februari lalu memutuskan perarakan tersebut dibatalkan tetapi majlis perhimpunan ummah diteruskan di Dewan Sri Pinang.
Pekeliling mengenai perkara itu telah diedarkan kepada semua ketua jabatan, ketua badan berkanun dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.
Difahamkan, alasan yang diberikan adalah kerajaan negeri mahu membuat kelainan pada sambutan kali ini.
Selain itu, pada tahun ini juga kerajaan negeri tidak memilih mana-mana individu sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul.
Dalam pada itu Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kassim ketika dihubungi memberitahu, beliau akan memberikan maklumat mengenai perkara itu dalam tempoh terdekat.
‘‘Saya akan mengumumkan maklumat terperinci sedikit masa lagi,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menerusi laman webnya memaparkan atur cara majlis perhimpunan ummah yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 11.30 pagi.
Antara yang bakal diadakan adalah bacaan al-Quran, persembahan nasyid, pelancaran program e-Munakahat dan forum perdana.
Tahun lalu, perarakan sempena Maulidur Rasul sejauh 2.6 kilometer disertai kira-kira 3,000 orang dari 50 kontinjen bermula di Jalan Padang Kota Lama melalui Lebuh Light, Pangkalan Weld dan Lebuh Chulia sebelum berakhir di Dewan Sri Pinang.
Pada 2008 pula, lebih 2,000 orang membabitkan 36 kontinjen berarak sejauh lima kilometer melalui Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Chulia, Lebuh Pantai, Jalan Pesara King Edwards, Jalan Tun Syed Barakbah dan Jalan Padang Kota Lama
petikan dari : utusan online
DUNGUN, 23 Januari 2010 : Sempena pelancaran Kelab Permotoran Parlimen Dungun (KPPD) yang di adakan di Balai Orang Ramai (BALORA) Durian Mas (ataupun kini lebih dikenali sebagai AMBS), pihak Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dun Sura telah mengambil inisiatif dengan menghantar kira-kira 150 pemuda bermotor untuk berkonvoi ke tempat perasmian, yang terletak di dun Bukit Besi.
Pelancaran KPPD yang sepatutnya dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu Dato Ahmad Bin Said walaubagaimanapun dirasmikan oleh Dato (Dr) Rosli Bin Mat Hassan Ketua UMNO Bahagian Dungun, ini kerana YAB Menteri Besar tidak dapat hadir kerana perlu bergegas ke Johor diatas kemangkatan Sultan Johor pada hari yang sama.
Serentak dengan itu juga, Dato Ketua UMNO Bahagian telah meluluskan RM 5 ribu untuk perbelanjaan pengurusan awal KPPD.
(Gambar atas) AWAL - Peserta konvoi mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi, walaupun pada mulanya hujan turun disebelah pagi tersebut, ianya tidak mematahkan semangat.
(Gambar atas) TEKUN, beberapa peserta konvoi menampal pelekat yang dibekalkan.
(Gambar atas) Selain kemeja, para peserta konvoi turut dibekalkan dengan pelekat untuk ditampalkan pada motosikal masing-masing.
(Gambar atas) TUNGGU GILIRAN, peserta konvoi dari Pemuda UMNO Cawangan Sura Gate, menanti giliran untuk semakan pendaftaran.
(Gambar atas) BERSIAP SEDIA, kelihatan peserta konvoi yang sudah bersiap sedia memulakan perjalanan.
(Gambar atas) BERAMAH MESRA – Semenatara menantikan konvoi memulakan perjalanan, antara peserta mengambil kesempatan untuk bertegur sapa dan berkenalan antara satu sama lain.
(Gambar atas) AMANAT – Sebelum memulakan program, Pengerusi Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dun Sura, sempat menyampaikan sedikit taklimat ringkas.
(Gambar atas) SERIUS – Peserta konvoi mendengar taklimat daripada Ketua Marshal.
(Gambar atas) BERKAT – Sebelum memulakan perjalanan, Setiausaha Penyelaras Pemuda UMNO Dun Sura, Sdr Zaini Naiserong memimpin bacaan doa selamat.
LAIAN – LAIN GAMBAR