Petang tadi kira-kira jam 3.30 petang telah berlangsung perlawanan akhir Piala YAB MB Peringkat Dun Sura yang diadakan di Padang Dataran Merdeka, Dungun. Perlawanan tersebut menyaksikan pertembungan antara pasukan Pemuda Umno Cawangan Bijangga dan juga Pemuda Umno Cawangan Sungai Buaya.
Walaupun keadaan padang agak becak kerana hujan turun dengan agak lebat disebelah pagi, dan sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan kedua-dua pasukan. Namun ianya tidak menghalang permainan yang menghiburkan bagi penonton – penonton yang hadir.
Berlangsung dalam keadaan penuh semangat kesukanan yang dutunjukkan oleh kedua – dua pasukan serta penguasaan bola yang seimbang antara keduanya membuatkan perlawanan pada petang tadi dipuji oleh Penyelaras Pemuda Umno Dun Sura, Sdr Hafizu Bin Din sendiri.
Pasukan Pemuda Umno Cawangan Bijangga yang turun dengan jersi oren akhirnya berjaya menjinakkan pasukan Pemuda Umno Cawangan Sungai Buaya yang berjersi serba merah dengan 2-1.
Hadiah – hadiah disampaikan oleh Pengerusi Penyelaras Pemuda Umno Dun Sura.
KEPUTUSAN PENUH
- Tempat Pertama : Pemuda Umno Bijangga
- Tempat Kedua : Pemuda Umno Sungai Buaya
- Tempat Ketiga & Keempat : Pemuda Umno Batu 48 & Pemuda Umno Kubang Miang.
Sebahagian aksi perlawanan akhir yang sempat dirakamkan.
0 comments:
Catat Ulasan